Friday, June 4, 2010

Berita penting.

Manis tgh proses buat Single terbaru dan EP baru so agak bz sekarang... blog manis ini jarang dibuka utk jangka masa terdekat ini , jadi jika anda semua rajin saya selaku ahli kumpulan manis (lead) mempunyai blog sendiri di www.YesMoreMe.tumblr.com rajin2 la msg or ingin tanyekan soalan silakan, kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk melayari semua web blog :)

Tuesday, January 5, 2010

Lakaran Bunyi Dari Paksinya

Sebuah kotak bunyi yang bersegi empat tepat
Dulunya selalu berada didalam rumah
Penyeri telinga sang pencinta muzik
Dan juga sebagai pembahagi darjat
kaya ataupun miskin jika memilikinya
Dibahagi dua mengikut 90 darjah paksinya
Sehingga hilang keaslian bunyinya
Tetapi kini menimbulkan nada baru
Kini berbentuk segi tiga dan berpasangan
Apalah nasib setelah digantung dipukul pula
Sebagai penyambut tetamu diluar
Memerhati ragam penyentuh segala
Sekarang tidak lagi menjadi isu darjat
Akibat angin, air, cahaya
Sedikit demi sedikit terhakis ketebalannya
Sehingga tua bunyi gelombang yang dihasilkan
Lagi teperinci cara memanggil tuannya
Tetap dekat tetap teperinci
Tetap sekata tetap sama
Pada bunyinya pada pukulannya
Bagai deria normal keperluan manusia
Kecil lagi sudah nyaring
Besar nanti pasti kering
Cuba menghayati seni sekecil
Supaya pandai menilai dengan adil
Jangan dibenci jangan dicaci
Kerana bunyi adalah seni
Mungkin terlepas dari bencana
Dibuang jangan hasil kerjanya
Triangle Dinner gelaran manjanya
Sehingga kini kekal selamanya


Sunday, October 25, 2009

Batu di jalanan atau Rock di atas pentas

Batu : Assalamualaikum.

Rock : yooooo broooo.... batuuu bataaannnn....

Batu : bukan itu. kenali aku terlebih dahulu sebagai batu.

Rock : yooo penting ke? sudah aku kenali kau objek yang tidak berguna dan berat.
Baik jadi seperti aku sangat hebat, ROCK!

Batu : Aku tak sempurna. Rupa bentuk tak menjadi masalah, pegangngan dan niat tu lagi
penting. nak jadi Rock kenelah pastikan diritu bersedia nak jadi rock dan kenali Apa itu
rock.

Rock: Bro da tentulah gua hidup-hidup je tros Rock, baju gua, sluar gua, kasut gua semua kulit.
Luuu ape ade?

Batu : Aku takde ape cume sebiji batu dan yang pasti aku tidak disarungkan ketika dilahirkan.
nama pun disarungkan, bukan menyarung sendiri.

Rock : Alamak luuu brooo.. sarung ke disarung ke yang penting ROCK. Gua kayer family pon
kayer semua pon suke. Kawan-kawan gua yang miskin-miskin pon semua beria jadi ROCK
jugak same cam gua. Takde masalah pun?. Luuu batu batan semua pon benci.

Gibson : hello guys, Sorry. I need help. Anyone can speak english?

Rock : woooww yoooo mat sallehhhh.. yess yesss ....

Gibson : good. Do u know where is Hard Rock Cafe nearby?

Rock : wooowww Luuu cakap luu tokey Hard Rock Cafe ke brooo? Rock glerrr. yo yo yo kasi
masuk free tengokk. ahahahhaha Mai kopi secawan....

Gibson : what? excuse me? what are you talkg about? in english, please...

Rock : apa yang kau mencarut ni mat salleh... **^%$#%^^

Batu : Sorry mr.?

Gibson : Mr.Les paul ... Les Paul Gibson...

Batu : Sorry Mr. Gibson.Sorry im not really good in english and also Sorry about my friend . My
name is Batu, And this my friend Rock. i know the place that you wanted to go Mr.Gibson.
Btw did you just said Les Paul Gibson?

Gibson : its ok, i'm really thankful to god cuz found you. yes i'm Les Paul Gibson...

Batu : Ya allah. Nice to finally meet you. Am i dreaming? you are the legend. Father of the electri
guitar.

Gibson : ahihihih thanks. i'm just ordinary people like you. your friend's name is rock and you is
Batu it's ?

Rock: ...................hm.........hmm....

Batu : yes that is Rock and my name is Batu. Batu in english is Rock. While we are talking lets
walk and i show you the place that you should go to.

Gibson : ok thanks you so much Batu. wow you both got the same name and meaning maybe a
little bit in different languages. But i pity u dude, u look like a Rockers but cant speak in
english. And you nice guys Batu im really proud of you dude. Take this tickets dont
miss the show and bring your friends too ok.

Rock: ..........hmm.........hm.........hmm....

Batu : Dammmt... thanks you so much Mr. Gibson .......i will i will......

Keputusan didalam kiraan 1-2-3

Cinta tidak boleh disatukan tanpa niat yang satu
mungkin boleh diduakan atau ditigakan, itupun mungkin
tetapi tidak boleh diempatkan.
kerana ketika hendak mengambil anugerah larian ketika disekolah rendah dahulu
yang berdiri diatas kotak no1 akan berada pada kotak yang paling tinggi
yang berada dikotak no2 akan sedikit kebawah
dan yang berada dikotak no3 terpaksa mendongak untuk melihat pemenangnya
tetapi yang berada di no4 atau selebihnya cuma dibawah.
memijak bumi yang nyata sama level dengan pemerhati yang berdiri diluar kawasan litar larian.
no 1 hingga no 3 dihargai diagungkan manakala no4 dan seterusnya dimana?
adatlah bertanding menang dan kalah
hadiah yang lumayan jangan disamakan nilainya dengan manusia.
siapa kata ini isu poligami?
ini hanya sekadar rumusan matematik
yang memudahkan pelajar-pelajar membuat keputusan
tanpa menggunakan kalkulator.
kenapa perlu kalkulator yang dicipta oleh manusia sendiri?
bukan salah guru atau sempua
tetapi kesilapan besar yang dianggap kecil
iaitu Keputusan.
Bertanding itu harus tetapi bukan dalam cinta.
Keputusan itu harus tetapi bukan tergesa.

Wednesday, October 14, 2009

Kerja Rumah , Kerja Sekolah , Kerja Halal yang paling penting KERJASAMA

DUA EKOR NAGA YANG RINGKAS

Kepak Ku patah
Diserang manusia
Apakah rancangan kau
Jalan keluar
Semua telah disekat

Jangan khuatir
Aku bersama kau
Dongak keatas
Pandang kehadapan
Jangan menunduk

Jalan keluar
Masih tiada
Saat ini semakin tipis
Jangan tunggu aku
Terbang dahulu

Terbang dahulu kah
Aku rela berjalan
Dari memerhati kau
Tanpa jalan hidup
Pasti ada pasti berjaya

Gigitlah kepak ku ini
Sehingga sama sakitnya engkau
Dengannya mari membina jambatan
Biar kita tidak terbang lagi
Tetapi tetap berjalan bersama

Kukuhnya
Kukuhnya jambatan kerana kau
Bukan aku tetapi kita
Mencari sesuatu dengan niat
Niat yang sama


Untuk hidup dan berjaya.

Monday, October 12, 2009

Hiburan atau Pelajaran?

Jika ramai mempunyai blog kerana luahan atau menjadikan blog sebagai diary berbentuk data didalam internet sekaligus membawa maksud DIRI DIDALAM MAYA.

Mari berkongsi pendapat...

Manis atau sesiapa sahaja yang mengawal blog Manis ini sentiasa memohon maaf atas kesilapan atau salah silap kami semua yang tidak dapat dibendung seperti tidak membalas surat kiriman dirumah atau comnt2 yang diberikan kepada kami secara rasmi atau tidak rasmi. Kerana ikutan semua ahli kumpulan Manis sedang melanjutkan pelajaran di UiTM dan ade yang bekerja untuk mencari wang sesuap nasi.

1. Jika ada yang membuat perbandingan diantara Manis dan band lain maka disini dapat saya terangkan perbezaan band adalah perbezaan mutlak. Cara pembawakan band dan cara mengadaptasi perihal didalam atau diluar band adalah tertakluk pada ahli kumpulan itu sendiri.

2. Didalam band kami menghayati muzik dan seni.
Diluar band kami masih didalam watak manusia yang mempunyai perbezaan cita2 dan hala tuju.
Manis ditubuhkan atas dasar persahabatan dan bukan pemilihan secara rambang untuk mencari matlamat menghibur atau ingin menjadi penghibur.

3. Manis meletakan Pendidikan didepan mata terlebih dahulu berbanding hiburan didalam Band itu sendiri. Pendidikan didahulukan kerana niat kami menubuhkan Manis untuk menghiburkan diri kami yang sedang berfikir ketika belajar di universiti.

4. Hiburan yang dilakukan oleh Manis untuk dirinya sendiri diketahui oleh orang ramai maka manis diminta melakukan persembahan diatas pentas dan sekaligus memaksa ahli kumpulan untuk menghiburkan orang ramai tanpa menyedari yang kelakuan diatas pentas akan menyebabkan langkah Manis mula kedepan dan tidak boleh diundur. Erti kata lain, Manis cuba memahami semua disana dan disini.

5. Pelajaran diutamakan supaya setiap gerak geri kami semua dipenuhi oleh idea, pengetahuan, ilmu, seni dan perkara yang positif untuk masa depan. Jadikan ini sebagai cabaran kepada orang ramai supaya kita maju kedepan dengan mata yang terbuka luas melihat kesusahan dan pengorbanan orang yang terdahulu.

Maka disini Manis memperjelaskan segala masa dan kesilapan yang terlepas dari pandangan adalah kerana Manis mendahulukan kehidupan berbanding hiburan.

Jika ada soalan yang ingin dihujahkan maka dipersilakan ..........

Friday, August 14, 2009

Keranamu Hatiku Malaysia




hai kawan2.....
Lagu baru Manis semperna merdeka..
Manis adelah satu2nye BAND yang sampai final menyertai pertandingan HOTFM SATU MALAYSIA ...
jadi dgrkan lagu manis di website HOTFM dan vote lagu MAnis dari no 1 ......
sorry kalau sound tak berape sedap sbb recordg kiteorg record kekurangan wang...
support Manis support malaysia.
kiteorg akan record lagu yang sedap2 selepas ini sekiranya menang dan memiliki modal....
bagi tau kawan2 suro vote jugak tau..vote manis dan korang akan menang BLACK BERRY,
tak cayer pg website hotfm tuuu.thanks kawan2..
copy link di bawah dan vote MANIS no 1...

http://www.hotfm.com.my/advert/1malaysia/default.asp

-lead-