Sunday, October 25, 2009

Batu di jalanan atau Rock di atas pentas

Batu : Assalamualaikum.

Rock : yooooo broooo.... batuuu bataaannnn....

Batu : bukan itu. kenali aku terlebih dahulu sebagai batu.

Rock : yooo penting ke? sudah aku kenali kau objek yang tidak berguna dan berat.
Baik jadi seperti aku sangat hebat, ROCK!

Batu : Aku tak sempurna. Rupa bentuk tak menjadi masalah, pegangngan dan niat tu lagi
penting. nak jadi Rock kenelah pastikan diritu bersedia nak jadi rock dan kenali Apa itu
rock.

Rock: Bro da tentulah gua hidup-hidup je tros Rock, baju gua, sluar gua, kasut gua semua kulit.
Luuu ape ade?

Batu : Aku takde ape cume sebiji batu dan yang pasti aku tidak disarungkan ketika dilahirkan.
nama pun disarungkan, bukan menyarung sendiri.

Rock : Alamak luuu brooo.. sarung ke disarung ke yang penting ROCK. Gua kayer family pon
kayer semua pon suke. Kawan-kawan gua yang miskin-miskin pon semua beria jadi ROCK
jugak same cam gua. Takde masalah pun?. Luuu batu batan semua pon benci.

Gibson : hello guys, Sorry. I need help. Anyone can speak english?

Rock : woooww yoooo mat sallehhhh.. yess yesss ....

Gibson : good. Do u know where is Hard Rock Cafe nearby?

Rock : wooowww Luuu cakap luu tokey Hard Rock Cafe ke brooo? Rock glerrr. yo yo yo kasi
masuk free tengokk. ahahahhaha Mai kopi secawan....

Gibson : what? excuse me? what are you talkg about? in english, please...

Rock : apa yang kau mencarut ni mat salleh... **^%$#%^^

Batu : Sorry mr.?

Gibson : Mr.Les paul ... Les Paul Gibson...

Batu : Sorry Mr. Gibson.Sorry im not really good in english and also Sorry about my friend . My
name is Batu, And this my friend Rock. i know the place that you wanted to go Mr.Gibson.
Btw did you just said Les Paul Gibson?

Gibson : its ok, i'm really thankful to god cuz found you. yes i'm Les Paul Gibson...

Batu : Ya allah. Nice to finally meet you. Am i dreaming? you are the legend. Father of the electri
guitar.

Gibson : ahihihih thanks. i'm just ordinary people like you. your friend's name is rock and you is
Batu it's ?

Rock: ...................hm.........hmm....

Batu : yes that is Rock and my name is Batu. Batu in english is Rock. While we are talking lets
walk and i show you the place that you should go to.

Gibson : ok thanks you so much Batu. wow you both got the same name and meaning maybe a
little bit in different languages. But i pity u dude, u look like a Rockers but cant speak in
english. And you nice guys Batu im really proud of you dude. Take this tickets dont
miss the show and bring your friends too ok.

Rock: ..........hmm.........hm.........hmm....

Batu : Dammmt... thanks you so much Mr. Gibson .......i will i will......

Keputusan didalam kiraan 1-2-3

Cinta tidak boleh disatukan tanpa niat yang satu
mungkin boleh diduakan atau ditigakan, itupun mungkin
tetapi tidak boleh diempatkan.
kerana ketika hendak mengambil anugerah larian ketika disekolah rendah dahulu
yang berdiri diatas kotak no1 akan berada pada kotak yang paling tinggi
yang berada dikotak no2 akan sedikit kebawah
dan yang berada dikotak no3 terpaksa mendongak untuk melihat pemenangnya
tetapi yang berada di no4 atau selebihnya cuma dibawah.
memijak bumi yang nyata sama level dengan pemerhati yang berdiri diluar kawasan litar larian.
no 1 hingga no 3 dihargai diagungkan manakala no4 dan seterusnya dimana?
adatlah bertanding menang dan kalah
hadiah yang lumayan jangan disamakan nilainya dengan manusia.
siapa kata ini isu poligami?
ini hanya sekadar rumusan matematik
yang memudahkan pelajar-pelajar membuat keputusan
tanpa menggunakan kalkulator.
kenapa perlu kalkulator yang dicipta oleh manusia sendiri?
bukan salah guru atau sempua
tetapi kesilapan besar yang dianggap kecil
iaitu Keputusan.
Bertanding itu harus tetapi bukan dalam cinta.
Keputusan itu harus tetapi bukan tergesa.

Wednesday, October 14, 2009

Kerja Rumah , Kerja Sekolah , Kerja Halal yang paling penting KERJASAMA

DUA EKOR NAGA YANG RINGKAS

Kepak Ku patah
Diserang manusia
Apakah rancangan kau
Jalan keluar
Semua telah disekat

Jangan khuatir
Aku bersama kau
Dongak keatas
Pandang kehadapan
Jangan menunduk

Jalan keluar
Masih tiada
Saat ini semakin tipis
Jangan tunggu aku
Terbang dahulu

Terbang dahulu kah
Aku rela berjalan
Dari memerhati kau
Tanpa jalan hidup
Pasti ada pasti berjaya

Gigitlah kepak ku ini
Sehingga sama sakitnya engkau
Dengannya mari membina jambatan
Biar kita tidak terbang lagi
Tetapi tetap berjalan bersama

Kukuhnya
Kukuhnya jambatan kerana kau
Bukan aku tetapi kita
Mencari sesuatu dengan niat
Niat yang sama


Untuk hidup dan berjaya.

Monday, October 12, 2009

Hiburan atau Pelajaran?

Jika ramai mempunyai blog kerana luahan atau menjadikan blog sebagai diary berbentuk data didalam internet sekaligus membawa maksud DIRI DIDALAM MAYA.

Mari berkongsi pendapat...

Manis atau sesiapa sahaja yang mengawal blog Manis ini sentiasa memohon maaf atas kesilapan atau salah silap kami semua yang tidak dapat dibendung seperti tidak membalas surat kiriman dirumah atau comnt2 yang diberikan kepada kami secara rasmi atau tidak rasmi. Kerana ikutan semua ahli kumpulan Manis sedang melanjutkan pelajaran di UiTM dan ade yang bekerja untuk mencari wang sesuap nasi.

1. Jika ada yang membuat perbandingan diantara Manis dan band lain maka disini dapat saya terangkan perbezaan band adalah perbezaan mutlak. Cara pembawakan band dan cara mengadaptasi perihal didalam atau diluar band adalah tertakluk pada ahli kumpulan itu sendiri.

2. Didalam band kami menghayati muzik dan seni.
Diluar band kami masih didalam watak manusia yang mempunyai perbezaan cita2 dan hala tuju.
Manis ditubuhkan atas dasar persahabatan dan bukan pemilihan secara rambang untuk mencari matlamat menghibur atau ingin menjadi penghibur.

3. Manis meletakan Pendidikan didepan mata terlebih dahulu berbanding hiburan didalam Band itu sendiri. Pendidikan didahulukan kerana niat kami menubuhkan Manis untuk menghiburkan diri kami yang sedang berfikir ketika belajar di universiti.

4. Hiburan yang dilakukan oleh Manis untuk dirinya sendiri diketahui oleh orang ramai maka manis diminta melakukan persembahan diatas pentas dan sekaligus memaksa ahli kumpulan untuk menghiburkan orang ramai tanpa menyedari yang kelakuan diatas pentas akan menyebabkan langkah Manis mula kedepan dan tidak boleh diundur. Erti kata lain, Manis cuba memahami semua disana dan disini.

5. Pelajaran diutamakan supaya setiap gerak geri kami semua dipenuhi oleh idea, pengetahuan, ilmu, seni dan perkara yang positif untuk masa depan. Jadikan ini sebagai cabaran kepada orang ramai supaya kita maju kedepan dengan mata yang terbuka luas melihat kesusahan dan pengorbanan orang yang terdahulu.

Maka disini Manis memperjelaskan segala masa dan kesilapan yang terlepas dari pandangan adalah kerana Manis mendahulukan kehidupan berbanding hiburan.

Jika ada soalan yang ingin dihujahkan maka dipersilakan ..........

Friday, August 14, 2009

Keranamu Hatiku Malaysia




hai kawan2.....
Lagu baru Manis semperna merdeka..
Manis adelah satu2nye BAND yang sampai final menyertai pertandingan HOTFM SATU MALAYSIA ...
jadi dgrkan lagu manis di website HOTFM dan vote lagu MAnis dari no 1 ......
sorry kalau sound tak berape sedap sbb recordg kiteorg record kekurangan wang...
support Manis support malaysia.
kiteorg akan record lagu yang sedap2 selepas ini sekiranya menang dan memiliki modal....
bagi tau kawan2 suro vote jugak tau..vote manis dan korang akan menang BLACK BERRY,
tak cayer pg website hotfm tuuu.thanks kawan2..
copy link di bawah dan vote MANIS no 1...

http://www.hotfm.com.my/advert/1malaysia/default.asp

-lead-

Friday, March 6, 2009

EP promote by Bonekalife

Assalamualaikum N Salam Manis...

Apa!!! Bonekalife jual cupcake?? hehe.. tak der la.. Kali nih Bonekalife nak promote satu ep dari salah satu band indie.. Iaitu band Manis... Haa.. tak kenal band nama Manis.. Jadi aper lagi.. layari page myspace diaorang kat www. myspace. com/manisband...

Nak tau aper best ep diaorang nih.. haa.. kalau korang beli ep diaorang nih.. korang akan dapat sticker dari diaorang 2 keping.. :D.. n lagu2 dalam ep diaorang pun best-best... Antara lagu yang terkandung dalam ep diaorang adalah:

1.
Malam
2.
Antidote
3.
Tunggu (demo)
4.
Empty Promises (demo)
5.
Goodbye (demo)

Photobucket

Photobucket

Dalam ep nih gak ada lirik diaorang.. so sambil dengar korang boleh nyanyi sekali... :D..
Macam mana nak dapatkan ep nih?? haa... korang boleh beli secara pos.. diaorang akan hantarkan kat korang secara post laju...
Harga?? Haa.. harga tak mahal pun... RM15.00 sahaja.. murah bukan.. Jadi aper lagi..
cepat2 dapatkan ep diaorang nih.. untuk detail pasal cara nak dapatkan ep diaorang.. Korang boleh layari http://manisband. blogspot. com/2009/02/beli-ep-manis-by-post-laju. html....

Jadi selamat membeli n menikmati ep diaorang... :D


support juga comunity ini..

http://www.bonekalife.blogspot.com

Wednesday, February 25, 2009

Wallpapers Manis

Photobucket



Photobucket




Photobucket



Photobucket

Photobucket

Manis Profile

Manis ditubuhkan pada 7 Julai 2007 (07/07/07) oleh Mohd Khalid B. Abu Takdir (Lead). Penubuhan Manis adalah atas dasar persahabatan dan hubungan rapat antara ahli yang terjalin sewaktu di UiTM. Pada mulanya, Manis ditubuhkan hanyalah sekadar mengisi masa lapang dengan bermain muzik dan juga untuk menghilangkan rasa tekanan semasa belajar. Kesemua ahli band Manis tidak pernah mengikuti mana-mana pengajian formal tentang muzik mahupun mempunyai latar belakang muzik. Manis hanya berbekalkan minat yang mendalam terhadap muzik dan bakat terpendam yang ingin ditonjolkan. Kesungguhan ini mendorong Manis mencipta dan menghasilkan lagu-lagu tersendiri yang boleh dikongsi dan didengari oleh semua lapisan pengemar dan peminat muzik. Manis ingin mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik dan percaya muzik kami boleh menyatukan padukan dan memupuk semangat persahabatan.

Muzik yang dibawa oleh Manis adalah sebuah genre baru yang dipanggil ‘universal punk’. Rima asas muzik yang dimainkan adalah ‘punk’ yang digabungkan dengan muzik universal. Contohnya seperti di dalam lagu Manis yang mempunyai unsur indie punk, emo punk, pop punk dan punk rock. Manis percaya dengan kepelbagaian rima punk yang dibawa mampu memperkenalkan bunyi baru yang boleh mencetus revolusi di arena muzik.

Kenapa “Manis”? Pada mulanya, pelbagai nama telah pun dicadangkan sebagai nama kumpulan dari pelbagai bahasa dan bentuk. Akhirnya keputusan diambil untuk menamakan band ini sebagai Manis. Perkataan Manis dipilih kerana ia lebih singkat, mempunyai kepelbagaian maksud, senang diingati dan juga comel. “Manis” pada pemahaman ahlinya membawa maksud persahabatan, ikatan, kekeluargaan, seni, muzik kegembiraan, dan paling penting ialah keeratan hubungan antara ahli.

Terima kasih tidak terhingga kepada :

(1) Fatimah(ateem) : Vokal pertama kumpulan Manis pada 2007-2008.

(2) Syaz : Pembantu kumpulan Manis dari mula manis ditubuhkan.

(3) GG : Guitarist pertama Manis 2007-2008.

(4) Pejal : Bassis pertama Manis 2007-2009.

(5) Kepada semua yang pernah mengenali Manis dan pernah membantu Manis.

Tuesday, February 24, 2009

Beli EP Manis by Post Laju

Langkah-langkah membeli EP Manis dengan berkesan dan pantas :-

Plan A (beli secara transfer wang melalui mesin ATM atau secara online)

  1. Bank yang available – BANK ISLAM, CIMB BANK, MAYBANK
  2. Pergi ke mesin ATM di bank atau mana-mana cawangan yang berhampiran
  3. Transfer wang ke no. akaun :
    • BANK ISLAM–
    • MOHD KHALID B. ABU TAKDIR (880923-10-5045)
    • No Akaun : 12038023063230
    • CIMB BANK –
    • MOHD KHALID B. ABU TAKDIR (880923-10-5045)
    • No Akaun : 12290094733523
    • MAYBANK –
    • MOHD KHALID B. ABU TAKDIR (880923-10-5045)
    • No Akaun : 162740041924
  1. Masukkan amaun RM15.00 ke akaun dan sila simpan resit sebagai rujukan.
  2. Emailkan detail peribadi pembeli disertakan dengan nombor resit bank di zero_die@netzero.net

CONTOH DETAIL PEMBELI:

    • Nama : Wan Ainaa Atiqah Bt. Mohd Ismadi
    • No. KP : 880107-43-5038
    • No. Tel : 016-9009614 (Manis)
    • Email : haqita_ania88@yahoo.com
    • Alamat (tempat yang hendak dihantar) :

1956, Jln 1A/5,

Bandar Baru Sg. Buloh,

47000, Selangor.

· Contoh nombor resit pembelian / rujukan : 06016 (Bank Islam)

klik pada gambar untuk besarkan contoh gamba

Photobucket

Plan B (beli secara wang pos)

  1. Pergi ke pejabat pos yang berdekatan.
  2. Ambil BORANG KIRIMAN WANG (MONEY ORDER).
  3. Baca arahan yang terletak pada borang dengan teliti.
  4. Tuliskan amaun RM16.00 di dalam kotak Amaun Kiriman Wang.
  5. Caj kiriman (tax) akan dikenakan sebanyak RM2.00 (pos laju).
  6. Kiriman wang penerima adalah di atas nama :
Nama penerima : MOHD KHALID B. ABU TAKDIR

Alamat : 1956, Jalan 1A/5,

Bandar Baru Sg. Buloh,

47000, Selangor.

  1. Mesej penerima : EP Manis
  2. Tel penerima : 0169009614 / 0123585432
  3. Emailkan detail peribadi pembeli disertakan dengan nombor resit wang pos di zero_die@netzero.net

CONTOH DETAIL PEMBELI:

    • Nama : Wan Ainaa Atiqah Bt. Mohd Ismadi
    • No. KP : 880107-43-5038
    • No. Tel : 016-9009614 (Manis)
    • Email : haqita_ania88@yahoo.com
    • Alamat (tempat yang hendak dihantar) :

1956, Jln 1A/5,

Bandar Baru Sg. Buloh,

47000, Selangor.

· Contoh BORANG KIRIMAN WANG (MONEY ORDER).

· Simpan No borang kiriman wang pos : A0556774

klik pada gambar untuk besarkan contoh gamba

Photobucket


· Contoh nombor wang pos (nombor stok) : 040205-33
(lihat di sebelah kanan atas cek kiriman)

klik pada gambar untuk besarkan contoh gamba

Photobucket

Photobucket

* setiap pembelian adalah berdasarkan bayar – terima. EP Manis hanya akan dipos setelah wang yang dikirim secara pos atau transfer telah sah diterima.

* proses penghantaran adalah atas tanggungjawab pihak Pos Express, pejabat pos.

* sekiranya amaun yang di kirimkan tidak mencukupi, proses penghantaran tidak dapat dilakukan. Segala pembelian tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan.

* sebarang pertanyaan boleh dirujuk di :

No. Tel : 016-9009614 / 012-3585432 (manis)

Email : zero_die@netzero.net / www.myspace.com/manisband


Plan C (beli secara terus di gig-gig yang berdekatan)

Sila hadirkan diri ke gig-gig yang dianjurkan. Flyers boleh dirujuk di myspace Manis. Manis akan adakan EP Official Launch dalam masa yang terdekat yang akan diberitahu kelak.


Plan D (cetak rompak yang diharamkan sama sekali)

Anda mahukan muzik baru, anda mahukan industri muzik tanah air kita berjaya, tapi tetap melakukan cetak rompak. Sampai tua muzik kita takkan berjaya. Sampai tua korang tak dengar lagu-lagu baru lagi sebab tak ada duit nak buat. Rugi..rugi..rugi...


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI. MANIS SAYANG ANDA. LET US BE PART OF YOUR LIFE AND UNITE THROUGH OUR MUSIC. PEACE!