Tuesday, January 5, 2010

Lakaran Bunyi Dari Paksinya

Sebuah kotak bunyi yang bersegi empat tepat
Dulunya selalu berada didalam rumah
Penyeri telinga sang pencinta muzik
Dan juga sebagai pembahagi darjat
kaya ataupun miskin jika memilikinya
Dibahagi dua mengikut 90 darjah paksinya
Sehingga hilang keaslian bunyinya
Tetapi kini menimbulkan nada baru
Kini berbentuk segi tiga dan berpasangan
Apalah nasib setelah digantung dipukul pula
Sebagai penyambut tetamu diluar
Memerhati ragam penyentuh segala
Sekarang tidak lagi menjadi isu darjat
Akibat angin, air, cahaya
Sedikit demi sedikit terhakis ketebalannya
Sehingga tua bunyi gelombang yang dihasilkan
Lagi teperinci cara memanggil tuannya
Tetap dekat tetap teperinci
Tetap sekata tetap sama
Pada bunyinya pada pukulannya
Bagai deria normal keperluan manusia
Kecil lagi sudah nyaring
Besar nanti pasti kering
Cuba menghayati seni sekecil
Supaya pandai menilai dengan adil
Jangan dibenci jangan dicaci
Kerana bunyi adalah seni
Mungkin terlepas dari bencana
Dibuang jangan hasil kerjanya
Triangle Dinner gelaran manjanya
Sehingga kini kekal selamanya