




Manis ditubuhkan pada 7 Julai 2007 (07/07/07) oleh Mohd Khalid B. Abu Takdir (Lead). Penubuhan Manis adalah atas dasar persahabatan dan hubungan rapat antara ahli yang terjalin sewaktu di UiTM. Pada mulanya, Manis ditubuhkan hanyalah sekadar mengisi masa lapang dengan bermain muzik dan juga untuk menghilangkan rasa tekanan semasa belajar. Kesemua ahli band Manis tidak pernah mengikuti mana-mana pengajian formal tentang muzik mahupun mempunyai latar belakang muzik. Manis hanya berbekalkan minat yang mendalam terhadap muzik dan bakat terpendam yang ingin ditonjolkan. Kesungguhan ini mendorong Manis mencipta dan menghasilkan lagu-lagu tersendiri yang boleh dikongsi dan didengari oleh semua lapisan pengemar dan peminat muzik. Manis ingin mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik dan percaya muzik kami boleh menyatukan padukan dan memupuk semangat persahabatan.
Muzik yang dibawa oleh Manis adalah sebuah genre baru yang dipanggil ‘universal punk’. Rima asas muzik yang dimainkan adalah ‘punk’ yang digabungkan dengan muzik universal. Contohnya seperti di dalam lagu Manis yang mempunyai unsur indie punk, emo punk, pop punk dan punk rock. Manis percaya dengan kepelbagaian rima punk yang dibawa mampu memperkenalkan bunyi baru yang boleh mencetus revolusi di arena muzik.
Kenapa “Manis”? Pada mulanya, pelbagai nama telah pun dicadangkan sebagai nama kumpulan dari pelbagai bahasa dan bentuk. Akhirnya keputusan diambil untuk menamakan band ini sebagai Manis. Perkataan Manis dipilih kerana ia lebih singkat, mempunyai kepelbagaian maksud, senang diingati dan juga comel. “Manis” pada pemahaman ahlinya membawa maksud persahabatan, ikatan, kekeluargaan, seni, muzik kegembiraan, dan paling penting ialah keeratan hubungan antara ahli.
Terima kasih tidak terhingga kepada :
(1) Fatimah(ateem) : Vokal pertama kumpulan Manis pada 2007-2008.
(2) Syaz : Pembantu kumpulan Manis dari mula manis ditubuhkan.
(3) GG : Guitarist pertama Manis 2007-2008.
(4) Pejal : Bassis pertama Manis 2007-2009.
(5) Kepada semua yang pernah mengenali Manis dan pernah membantu Manis.
Langkah-langkah membeli EP Manis dengan berkesan dan pantas :-
Plan A (beli secara transfer wang melalui mesin ATM atau secara online)
CONTOH DETAIL PEMBELI:
1956, Jln 1A/5,
Bandar Baru Sg. Buloh,
47000, Selangor.
· Contoh nombor resit pembelian / rujukan : 06016 (Bank Islam)
klik pada gambar untuk besarkan contoh gamba
Plan B (beli secara wang pos)
CONTOH DETAIL PEMBELI:
1956, Jln 1A/5,
Bandar Baru Sg. Buloh,
47000, Selangor.
· Contoh BORANG KIRIMAN WANG (MONEY ORDER).
· Simpan No borang kiriman wang pos : A0556774
klik pada gambar untuk besarkan contoh gamba
· Contoh nombor wang pos (nombor stok) : 040205-33
(lihat di sebelah kanan atas cek kiriman)
klik pada gambar untuk besarkan contoh gamba
* setiap pembelian adalah berdasarkan bayar – terima. EP Manis hanya akan dipos setelah wang yang dikirim secara pos atau transfer telah sah diterima.
* proses penghantaran adalah atas tanggungjawab pihak Pos Express, pejabat pos.
* sekiranya amaun yang di kirimkan tidak mencukupi, proses penghantaran tidak dapat dilakukan. Segala pembelian tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan.
* sebarang pertanyaan boleh dirujuk di :
No. Tel : 016-9009614 / 012-3585432 (manis)
Email : zero_die@netzero.net / www.myspace.com/manisband
Plan C (beli secara terus di gig-gig yang berdekatan)
Sila hadirkan diri ke gig-gig yang dianjurkan. Flyers boleh dirujuk di myspace Manis. Manis akan adakan EP Official Launch dalam masa yang terdekat yang akan diberitahu kelak.
Plan D (cetak rompak yang diharamkan sama sekali)
Anda mahukan muzik baru, anda mahukan industri muzik tanah air kita berjaya, tapi tetap melakukan cetak rompak. Sampai tua muzik kita takkan berjaya. Sampai tua korang tak dengar lagu-lagu baru lagi sebab tak ada duit nak buat. Rugi..rugi..rugi...
TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI. MANIS SAYANG ANDA. LET US BE PART OF YOUR LIFE AND UNITE THROUGH OUR MUSIC. PEACE!