Wednesday, February 25, 2009

Manis Profile

Manis ditubuhkan pada 7 Julai 2007 (07/07/07) oleh Mohd Khalid B. Abu Takdir (Lead). Penubuhan Manis adalah atas dasar persahabatan dan hubungan rapat antara ahli yang terjalin sewaktu di UiTM. Pada mulanya, Manis ditubuhkan hanyalah sekadar mengisi masa lapang dengan bermain muzik dan juga untuk menghilangkan rasa tekanan semasa belajar. Kesemua ahli band Manis tidak pernah mengikuti mana-mana pengajian formal tentang muzik mahupun mempunyai latar belakang muzik. Manis hanya berbekalkan minat yang mendalam terhadap muzik dan bakat terpendam yang ingin ditonjolkan. Kesungguhan ini mendorong Manis mencipta dan menghasilkan lagu-lagu tersendiri yang boleh dikongsi dan didengari oleh semua lapisan pengemar dan peminat muzik. Manis ingin mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik dan percaya muzik kami boleh menyatukan padukan dan memupuk semangat persahabatan.

Muzik yang dibawa oleh Manis adalah sebuah genre baru yang dipanggil ‘universal punk’. Rima asas muzik yang dimainkan adalah ‘punk’ yang digabungkan dengan muzik universal. Contohnya seperti di dalam lagu Manis yang mempunyai unsur indie punk, emo punk, pop punk dan punk rock. Manis percaya dengan kepelbagaian rima punk yang dibawa mampu memperkenalkan bunyi baru yang boleh mencetus revolusi di arena muzik.

Kenapa “Manis”? Pada mulanya, pelbagai nama telah pun dicadangkan sebagai nama kumpulan dari pelbagai bahasa dan bentuk. Akhirnya keputusan diambil untuk menamakan band ini sebagai Manis. Perkataan Manis dipilih kerana ia lebih singkat, mempunyai kepelbagaian maksud, senang diingati dan juga comel. “Manis” pada pemahaman ahlinya membawa maksud persahabatan, ikatan, kekeluargaan, seni, muzik kegembiraan, dan paling penting ialah keeratan hubungan antara ahli.

Terima kasih tidak terhingga kepada :

(1) Fatimah(ateem) : Vokal pertama kumpulan Manis pada 2007-2008.

(2) Syaz : Pembantu kumpulan Manis dari mula manis ditubuhkan.

(3) GG : Guitarist pertama Manis 2007-2008.

(4) Pejal : Bassis pertama Manis 2007-2009.

(5) Kepada semua yang pernah mengenali Manis dan pernah membantu Manis.

3 comments: