Wednesday, October 14, 2009

Kerja Rumah , Kerja Sekolah , Kerja Halal yang paling penting KERJASAMA

DUA EKOR NAGA YANG RINGKAS

Kepak Ku patah
Diserang manusia
Apakah rancangan kau
Jalan keluar
Semua telah disekat

Jangan khuatir
Aku bersama kau
Dongak keatas
Pandang kehadapan
Jangan menunduk

Jalan keluar
Masih tiada
Saat ini semakin tipis
Jangan tunggu aku
Terbang dahulu

Terbang dahulu kah
Aku rela berjalan
Dari memerhati kau
Tanpa jalan hidup
Pasti ada pasti berjaya

Gigitlah kepak ku ini
Sehingga sama sakitnya engkau
Dengannya mari membina jambatan
Biar kita tidak terbang lagi
Tetapi tetap berjalan bersama

Kukuhnya
Kukuhnya jambatan kerana kau
Bukan aku tetapi kita
Mencari sesuatu dengan niat
Niat yang sama


Untuk hidup dan berjaya.

2 comments: